Penglibatan dalam Parti Komunis Malaya Suriani_Abdullah

Propaganda komunis mula tersebar di Sekolah Menengah Nan Hwa pada tahun 1937. Gerakan komunis menentang pendudukan Jepun mendapat sambutan yang hangat dan progresif daripada pelajar-pelajar di situ. Suriani Abdullah mula melibatkan diri dalam komunis menerusi propaganda yang tersebar dan Persatuan Pelajar Membantu Tiongkok Melawan Jepun.

Beliau menyertai pergerakan bawah tanah PKM pada tahun 1940 ketika berumur 16 tahun. Dalam kalangan PKM, beliau dikenali sebagai 'wanita besi'. Beliau merupakan penyusun golongan pekerja wanita di Lembah Kinta sebelum menyertai kumpulan gerila anti-fasis Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA). Pada 1975, beliau menjadi anggota yang terpilih jawatankuasa pusat PKM.[2]

Suriani merupakan seorang wanita yang berpengaruh dalam Perang Anti-British, Perang Anti-Jepun dan Rejimen ke-10.